Tuesday, March 15, 2011

POMPUAN JANGAN BACE!!!!

KENAPA LELAKI MUDAH TERPIKAT DENGAN PORNOGRAFI?

Seperti lelaki, tubuh wanita juga menghasilkan hormon testosteron. Bagaimanapun, kuantitinya lebih kecil di mana hormon testosteron lelaki jumlahnya 10 kali ganda lebih banyak daripada wanita.

Berbicara mengenai hubungan seksual, pastinya testosteron tidak dapat dipisahkan daripada kaum Lelaki. Ini kerana testosteron adalah hormon seks lelaki. Dengan adanya hormon ini, maka tidak hairanlah sekiranya lelaki begitu tertarik apabila melihat sesuatu yang berunsur pornografi.

ALASAN LELAKI MENGIKUT PAKAR

Menurut pakar psikologi dan terapi seks dari Michigan, Amerika Syarikat, Rusell Stambaugh, ramai lelaki mudah terpikat dengan pornografi. Ini kerana otak lelaki mudah terselut dengan ransangan seksual. Malah, sel otak lelaki juga memiliki saraf cermin yang mudah bertindak balas sekiranya melihat sesuatu benda berbaur porno.

Sebenarnya, testosteron tidak hanya berfungsi sebagai hormon seks lelaki, tetapi ia juga diperlukan untuk aktiviti fizikal dan mental seorang lelaki. Sebagai contoh, testosteron berperanan dalam meningkatkan kemampuan lelaki dalam bidang matematik. Jadi bukan sesuatu yang menghairankan sekiranya lelaki mampu meneka ukuran saiz pakaian dalam wanita hanya dengan melihatnya tanpa menyentuh bahagian dada wanita. heh..

Selain itu, peningkatan testosteron ke hipotalamus (kawasan otak yang membuatkan lelaki tertarik pada seks) jumlahnya lebih besar 2 kali ganda berbanding otak wanita. Ini merupakan alasan kukuh mengapa lelaki lebih tertarik kepada kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pornografi.

Apa yang pasti, bagi seorang lelaki, pornografi sebenarnya bukan sekadar sesuatu yang bersifat lucah tetapi ia lebih menjurus ke arah urusan peribadi. Malah secara tidak langsung, ia turut cenderung berhubungan dengan emosi lelaki.

Berdasarkan hasil kaji selidik yang ditemui oleh sekumpulan penyelidik dari Emory University Atanta, Amerika Syarikat didapati amygdala (unsur yang mengawal emosi dan tindakan) di dalam otak lelaki lebih aktif berbanding wanita saat mereka melihat sesuatu yang berunsur pornografi dalam tempoh 30 minit.


taken from http://tanyalelaki.com

No comments:

Post a Comment