Saturday, November 27, 2010

KENAPA DAH INSTALL WINDOWS BARU TAPI MASIH LAMBAT LAGI ...

Banyak cara install windows.. tapi yang paling AFDAL adalah melalui DOS...
Ramai yang kata boleh install windows sendiri .. tapi ramai yang silap.. KENAPA ...

Cuba bayangkan .. laptop adalah sebuah rumah sewa.. katakan windows lama adalah penyewa lama yang bermasalah... jadi untuk selesaikan masalah.. kita patut halau penyewa lama .. dan masukkan penyewa baru ... penyewa baru tu maksudnya windows baru lah ..

Tapi apa yang saya perhatikan ramai yang meletakkan penyewa baru bersama-sama dengan penyewa lama duduk serumah .. maknanya window lama dan windows baru bertindih ..

Contohnya laptop lama windows XP.. kemudian dinstall windows 7 macam install games Counterstike .. minta maaf yer .. itu adalah cara yang salah .. sebab itu komputer anda masih lembab .. sebab barang lama masih adal lagi .. Untuk ketahui cara install yang betul rajin-rajinlah tanya Pakcik GOOGLE atau YAHOO ...

*diambil drpd fb cg.baha....

Thursday, November 18, 2010

Amalan harian punca penyakit

Kebanyakan kita berkongsi satu tanggapan iaitu kita cukup sihat sehingga dibuktikan sebaliknya. Tanggapan inilah kadangkala membuat kita terlepas pandang banyak tabiat harian boleh menjadi penyumbang kepada penurunan tahap kesihatan.

Antara beberapa tabiat harian yang boleh membuatkan kita sakit:

* Menggunakan tuala dapur yang sama setiap hari - Tahukah anda, dapur adalah tempat paling kotor dan banyak kuman berbanding tandas?

Kajian Kebersihan Rumah Antarabangsa mendapati, secara global, kain lap dapur adalah `peralatan' rumah paling kotor, tercemar dan mengandungi banyak kuman.

Lebih 89 peratus rumah di seluruh dunia mengandungi bakteria pada tahap tidak memuaskan, manakala 78 peratus lagi dikategorikan sebagai sangat tercemar dan kotor. Di Malaysia lebih teruk kerana 100 peratus rumah responden mempunyai kain lap dapur yang sangat kotor dan tercemar.

Menurut Pengerusi Majlis Kebersihan Asia, Dr Christopher Lee, keputusan terperinci kajian menunjukkan bakteria paling banyak dikesan (pada lebih 50 peratus sampel) ialah Escherichia coli (E coli) yang menjadi petanda penting terhadap tahap kebersihan rendah.

Perkara ini disebabkan sikap tidak mencuci kain lap dapur, membiarkannya terperap dalam keadaan basah dan diletakkan di tepi sinki atau dapur meningkatkan lagi tahap pencemaran di rumah.

Selain itu, menggunakan kain sama untuk tujuan pembersihan selepas masak turut membantu menyebarkan bakteria ke seluruh dapur.

Sebaik-baiknya, kita perlu menggunakan kain lap berbeza untuk mengelap tangan dan dapur. Malah, kain lap ini perlu dibasuh dan ditukar setiap kali selepas memasak untuk membendung pembiakan bakteria E coli yang biasanya menjadi penyebab keracunan makanan.

* Tidak mencuci tangan selepas keluar dari tandas
- walaupun anda mencuci tangan di dalam tandas, anda harus membersihkan tangan sekali lagi sebelum meninggalkan kawasan tandas dan lap hingga kering. Tahukah anda, tangan boleh menjadi ejen penyebar bakteria paling cepat dan berkesan?

Kita juga perlu mencuci tangan sebelum mengambil makanan. Walaupun disediakan senduk, anda harus mencuci tangan terlebih dulu bagi mengurangkan risiko jangkitan makanan kerana bakteria Staphylococcus epidermis (S epidermis) dan S aureus hidup di atas kulit kita.

Dua lagi bakteria yang sangat dekat dan kerap menimbulkan masalah kesihatan ialah E coli dan salmonella. Untuk mencegah jangkitan, cuci tangan dengan sabun dan bilas sekurang-kurangnya 15 saat di bawah air mengalir (air paip) untuk menyingkir kekotoran dan organisme berbahaya.

Kebanyakan orang (80 peratus) mempunyai bakteria S epidermis, manakala 20 peratus lagi membawa bakteria S aureus, terutama yang mengalami masalah ekzema.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, 30 peratus kematian di dunia ini disebabkan jangkitan bakteria akibat tahap kesedaran kebersihan yang rendah, terutama di negara membangun.

* Jarang menggantikan cadar dan sarung bantal
- Cadar dan sarung bantal perlu ditukar sekerap mungkin. Secara purata setiap orang `membuang' 1.5 juta sel kulit mati dalam masa sejam dan berpeluh sehingga satu liter setiap hari walaupun tidak melakukan apa-apa. Sel mati ini berkumpul pada sarung bantal dan cadar yang mengalu-alukan kedatangan serta pembiakan hama debu.

Kajian menunjukkan berat tilam bertambah dua kali ganda dalam masa 10 tahun. Pertambahan ini disebabkan pengumpulan rambut, sisa `buangan' daripada badan, bulu haiwan, fungus dan kulat, bahan kimia, habuk, serat, hama debu, serpihan anggota serangga dan pelbagai bahan lain.

Dalam masa lima tahun, 10 peratus daripada berat tilam sebenarnya adalah berat hama debu dan bahan ini yang kita sedut setiap kali bernafas ketika tidur malam.

Benda ini boleh menjadi pencetus kepada serangan asma. Di sini pentingnya penggunaan cadar dan sarung bantal kerana ia boleh menjadi `penapis' kepada semua benda yang disenaraikan di atas daripada berkumpul pada tilam dan bantal.

Ini sebabnya kita disaran menukar sarung bantal dan cadar tilam sekurang-kurangnya setiap dua minggu. Lebih baik jika ia dapat ditukar lebih kerap atau setiap minggu.

Amalan orang dulu yang menjemur bantal juga ada manfaatnya kerana ia bukan saja menghilangkan bau peluh, tetapi dapat membunuh hama.

* Tidak menutup mulut ketika batuk atau bersin
- Ini antara cara mudah untuk menyebarkan virus yang menyerang saluran pernafasan. Menutup mulut dengan tisu atau sapu tangan ketika batuk dan bersin boleh mencegah orang di sekeliling anda mendapat jangkitan yang anda hidapi.

Ia penting jika anda tinggal serumah dengan kanak-kanak kecil berumur kurang dari dua tahun atau orang tua melebihi 65 tahun kerana daya pertahanan badan mereka lemah.

* Tidak mengamalkan kaedah penyediaan dan penyimpanan makanan yang baik
- Ketika menyediakan makanan, kita perlu kerap mencuci tangan, terutama apabila memegang bahan mentah seperti ayam dan daging. Gunakan pisau dan papan pemotong berbeza untuk makanan mentah dan masak.

Makanan perlu diisi dalam bekas bertutup sebelum disimpan di peti sejuk untuk mengelak jangkitan silang. Bagi makanan yang disimpan pada suhu bilik (atas meja), sebaik-baiknya ia tidak dibiarkan melebihi dua jam kerana selepas tempoh ini bakteria boleh membiak dalam makanan anda.

* Cintakan manis dan masin
- Ada orang berasa hidupnya tidak lengkap jika tidak minum teh tarik atau kopi susu. Satu ketika dulu, seorang pakar fisioterapi pernah mencetuskan kegemparan apabila membuat kenyataan bahawa teh tarik boleh menyebabkan strok?

Memang teh tarik bukan penyebab strok tetapi jika diambil setiap hari dan kita meneruskan gaya hidup tidak aktif, kandungan gula berlebihan di dalam teh tarik disimpan sebagai lemak yang menyebabkan masalah kegemukan. Daripada kegemukan ini bermulanya cetusan masalah kesihatan lain, termasuk strok.

Sesetengah orang pula suka makanan masin, termasuk snek, kerepek dan keropok. Tahukah anda, pengambilan garam berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah yang secara tidak langsung mendekatkan kita dengan penyakit jantung?

* Terlalu banyak makan tetapi kurang minum air
- Kekurangan air menyebabkan badan mengalami dehidrasi. Ia juga boleh menyebabkan kita keliru antara isyarat lapar dan dahaga. Kekeliruan ini membuatkan kita makan lebih banyak sehingga melebihi keperluan harian.

Ramai yang merungut berat badan bertambah walaupun mendakwa kurang makan. Jadi, setiap kali anda terasa hendak makan, minum segelas air masak kerana ia mungkin isyarat badan mahukan air, bukan makanan.

* Terlalu banyak menonton televisyen
- Duduk rehat di depan televisyen menjadi agenda wajib bagi masyarakat kita dan ia tidak lengkap tanpa kudapan.

Makan sambil menonton televisyen menyebabkan kita tidak sedar pertambahan kalori berlebihan. Perkara ini menyumbang kepada peningkatan statistik kegemukan dan obesiti di negara kita.

Bukan tidak boleh menonton televisyen, tetapi jangan jadi penonton statik. Lakukan pergerakan seperti berjalan setempat selama anda menonton rancangan kegemaran.

Disiplinkan diri anda supaya tidak makan di depan televisyen kerana ia boleh menyebabkan kita menjadi gemuk dan tua sebelum waktunya.

diambil dari>> http://anizyn.blogspot.com/2010/09/amalan-harian-punca-sakit.html#ixzz15eLEktN2

Monday, November 8, 2010

MLM haram?

Jutawan Jenal pakcik aidid, note tu saya jumpa masa ngah google pasal sistem piramid...
melalui pembacaan saya... MLM berperanan sebagai pemecah monopoli bagi sesetengah produk. dengan pelaksanaan MLM sebagai strategi pemasaran, produk dapat sampai terus kepada pengguna dan kos pemasaran dapat dikurangkan...
hukum asal bagi setiap muamalat adalah harus selagi tidak terdapat dalil atau faktor yang mengharamkannya. maka hukum asal MLM adalah harus. keharusan MLM tidak memerlukan dalil, tetapi keharamannya memerlukan kepastian dan disandarkan kepada dalil yang kuat. berdasarkan kaedah syariah, pengharaman sesuatu yang pada asalnya harus adalah tidak boleh disandarkan kepada hukum khilafiah kecuali ketika penggubalan undang-undang.
untuk mengukur halal atau haram sesuatu muamalat memerlukan kepada:
1. pasti dan yakin wujud unsur-unsur haram dalam muamalat.
2. unsur tersebut hendaklah haram secara putus dari sudut syariah. seperti unsur riba, judi, zalim, dan sebagainya. namun begitu kita tidak boleh menghukum haram dengan bersandarkan hukum khilafiah seperti muamalat berasaskan bai' 'inah, ghabnun yang tidak faahish dan seumpamanya.

faktor-faktor haram:
1. perjudian
contoh. bonus hanya akan diberikan kepada pengedar yang mencapai jualan sasaran. pengedar lain yang tidak mencapai sasaran tidak akan dapat bonus. Ini adalah bentuk perjudian kerana hak pengedar lain dinafikan kerana kalah dalam jualan.

2. riba
apabila terdapat "fixed return" atau janji kemasukan. apabila telah membayar yuran, ahli akan mendapat bayaran bulanan seperti yang telah dijanjikan oleh syarikat.

3. Tadlis, taghrir dan Syamta'
Tadlis bermaksud memalsukan, taghrir bermaksud memperdayakan dan syamta' pula bermaksud 'make up' hamba yang hodoh sehingga kelihatan cantik dengan tujuan memperdayakan pembeli.
contoh, syarikat akan menghadiahkan kereta kepada ahli dengan jualanl tertinggi. pada hakikatnya, syarikat hanya membayar duit muka sahaja dan pemenang yang perlu membuat bayaran ansuran. ini adalah tadlis. kemudian, syarikat mengiklankan pemenang tersebut tanpa menjelaskan keadaan sebenar. tujuan untuk menarik ahli baru. ini adalah taghrir. dan pemenang yang dicanang oleh syarikat itu ialah syamta'.

4. Mengambil hak orang lain secara salah
yuran ahli baru dikumpulkan untuk dijadikan bonus kepada orang atas atau upline.
yuran yang dibayar atas dasar redha seperti dalam hukum hibah dan tabarru' tidak akan menghalalkan muamalat tersebut melainkan didahului atau disertai oleh perniagaan yang halal. jika tiada barang, hanya yuran yang dikumpul, maka redha sahaja tidak akan menghalalkannya.
jika hibah yang disertakan dengan niat untuk mendapatkan untung atau sebagainya, ada pendapat mengatakan ianya adalah batal. kerana ianya telah berubah menjadi hukum jual beli. apabila menjadi hukum jual beli, perlu ada barang sebagai pertukaran, jika tiada barang maka jual beli adalah haram dan tidak sah.

5. Penindasan
contohnya adalah seperti dalam perjudian dimana hak dinafikan. apabila hak ahli dinafikan maka wujud penindasan.
banyak lagi faktor-faktor haram yang boleh diambil kira. namun begitu, sikap kita sebagai pemerhati tidak boleh terlalu cepat menghukum halal atau haram sesuatu MLM melainkan melalui penyelidikan atau terdapat sebab yang jelas keharamannya. Ini dari sudut kita sebagai pemerhati yang tidak terlibat dengan sistem MLM.
dari sudut positif, MLM dapat memecahkan monopoli sesuatu produk. dengan pelaksanaan konsep MLM yang betul, dapat membantu memasarkan produk-produk orang Islam. pembaikan sistem MLM supaya bertepatan dengan syarak sebagai strategi pemasaran produk orang Islam amat penting dalam keadaan dan suasana negara yang semakin membuka pintu globalisasi ekonomi, terutama ketika berdepan FTA. Pengemblengan tenaga antara ulama, ahli perniagaan dan ahli ekonomi Islam amat penting bagi memastikan kemajuan ekonomi umat Islam.
kita tidak boleh hanya berdiam diri atau menghentam saja MLM, tetapi kita perlu bersama-sama mengkaji semula MLM ini, supaya dapat dijadikan senjata orang Islam dalam dunia perniagaan sekarang. MLM Syariah yang diperkenalkan HPA adalah salah satu langkah dalam mengubah persepsi orang Islam sekarang dan satu langkah untuk merombak semula sistem MLM yang terdapat pada masa kini. namun begitu, kajian demi kajian perlu dilaksanakan supaya MLM ini dapat digunakan tanpa rasa ragu dan was-was yakni bertepatan dengan syarak.
andai MLM tidak boleh diguna pakai, kita perlu merangka satu sistem pemasaran baru. suatu hari nanti, orang Islam akan mempunyai satu sistem pemasaran yang sangat hebat, lebih hebat daripada sistem MLM yang diperkenalkan. usaha demi usaha akan membuahkan hasilnya. namun, cabaran yang dihadapi tidak boleh dijadikan pelemah semangat.....

Saturday, November 6, 2010

Kahwin - Wanita VS Lelaki

  1. Wanita - 3 bulan sebelum kahwin, semua barang keperluan dan hantaran sudah siap dibeli.
  2. Lelaki - Persiapan banyak diserahkan kepada keluarga, asalkan menyediakan duit yang mencukupi.
  3. Lelaki - Tidak kisah soal menu kenduri atau khemah yang akan digunakan.
  4. Wanita - Kalau boleh dari pelamin, khemah, baju pengantin, langsir, hingga ke bunga manggar ingin diseragamkan satu warna agar nampak sedondon.
  5. Lelaki - Sehari sebelum akad nikah, risau memikirkan tentang akad nikah, kot2 tiba2 kena serangan angin gemuruh sampai 5,6 kali lafaz nikah...
  6. Wanita - kalau boleh pasangan juga sama2 memaki inai dijari.
  7. Lelaki - Pening kepala jika pengantin wanita mengambil lebih dari 5 baju ketika malam berinai. Banyak ongkos kena dibayar untuk bayar sewa.
  8. Wanita - Mementingkan penampilan dan kebersihan diri seperti mandi wap, mandi lulur, buang lemak, mandi susu dan sebagainya.
  9. Wanita - Belum lagi cuti diluluskan, susah sibuk memilih tempat untuk honeymoon, yang peningnya lelaki takut lari bajet.
  10. Lelaki - Bila bakal isteri ajak pilih pelamin, si lelaki selalu cakap ' Emm...okay", "Hmmm....", " Boleh je lah.."
  11. Lelaki - Kebanyakkannya itulah pertama kali disolek.
  12. Ketika makan beradap, pengantin wanita cepat kenyang, manakala lelaki pulak boleh menjamah sehingga 2,3 hidangan.
  13. Lelaki - Lebih malu duduk di atas pelamin berbanding wanita.
  14. Kedua-duanya - memang penat di siang hari, TAPI bila masuk bilik malamnya, hilang erti penat

Friday, November 5, 2010

10 perkara kenapa lelaki tidak suka membeli belah pakaian...


  • Ia mengambil masa
  • Terpaksa mengacu atau mencuba
  • Pilihan gaya terhad
  • Pilihan warna terhad
  • Apa bila dicuba, tak cantik
  • Tidak banyak saiz
  • Kurang layanan
  • Mahal
  • Jurujual memaksa
  • Menunggu

Pekerjaan Yang Menguntungkan

"Samad, awak pasti ke nak jadi doktor mata macam bapa kamu?"

"Tidak cikgu, saya ingin menjadi doktor gigi?"

"Doktor gigi? Kenapa? Bukan ke doktor mata kerja yang menguntungkan?"

"Betul. Tapi manusia hanya ada 2 pasang mata jer, sedangkan gigi ada 32 batang!"

Thursday, November 4, 2010

Janin selepas 120 hari ada hak untuk hidup



proses pengguguran

Menurut Pengerusi Darul Wardah, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Selangor, Hazlina Abd Razak, daripada sudut Islam pelbagai pendapat diberikan mengenai hukum menggugurkan kandungan sama ada untuk kandungan sah atau sebaliknya iaitu:
# Janin menghidap penyakit ringan yang tidak mengakibatkan kematian, tetapi masih boleh diubati, hukum menggugurkan kandungan adalah haram sebelum dan selepas empat bulan.

# Janin menghidap kecacatan ringan yang tidak boleh diubati tetapi boleh hidup seperti buta, cacat sebelah tangan, atau kedua-duanya, cacat kaki, kurang jari dan seumpamanya, hukumnya haram sekiranya janin melebihi empat bulan dan harus sekiranya di bawah empat bulan.

# Janin menghidap kecacatan serius yang membawa kematian seperti tiada kepala, atau tiada paru-paru, biasanya janin akan gugur sendirinya.

# Janin menghidap Aids. Hukumnya harus sebelum empat bulan dan haram selepas empat bulan.

# Janin tidak sihat, sakit atau cacat, tetapi nyawa ibu terancam kiranya janin dilahirkan. Hukumnya harus menggugurkan janin sama ada sebelum atau selepas empat bulan kerana nyawa ibu diutamakan dalam hal ini.

# Janin akibat dirogol hukumnya harus digugurkan hanya sebelum empat bulan.

Menurut Hazlina, kini kebanyakan kes pengguguran membabitkan perhubungan suka sama suka dan terdapat perbezaan pandangan menerusi Imam Ghazali dalam Mazhab Maliki yang mengatakan haram sama sekali menggugurkan kandungan. Ini kerana menggugurkan kandungan sama dosanya dengan membunuh.


"Berdasarkan hadis Riwayat Muslim, manusia ditiupkan roh ketika berusia 120 hari dan pada usia ini, mereka mempunyai hak kemanusiaan yang diiktiraf dalam Islam dan hanya Allah sahaja yang boleh mengambil nyawanya.

"Sekiranya berlaku pengguguran, ia dikira membunuh manusia dan hukumnya adalah haram," kata Hazlina yang berpengalaman luas mengendalikan remaja termasuk mengandung luar nikah serta menggugurkan kandungan.

Tambahnya, sekiranya hukum menggugurkan kandungan adalah harus bagi usia empat bulan, ini akan mendorong lebih ramai pasangan berzina kerana mereka dengan senang menggugurkannya. Sepatutnya wanita yang sudah mengaku berzina perlu meneruskan kehamilan, melahirkan anak, menyusukan bayi, memelihara serta menjaga hak mereka sebagai khalifah Allah.

Nyawa adalah hak Allah dan bukannya hak manusia, mereka tidak boleh sewenang-wenang membunuhnya.

"Namun sekarang, selepas berzina dan mengandung mereka terlebih dahulu membuat keputusan membunuh nyawa yang tidak berdosa. Bayangkan berapa banyak dosa yang harus ditanggung. Sudahlah dosa berzina yang termasuk dalam tujuh dosa besar, kini membunuh pula sedangkan menggugurkan kandungan sama seperti menanam anak hidup-hidup," ujarnya.

Jelas Hazlina, manusia tidak boleh membuat keputusan untuk membunuh anak itu melainkan atas sebab dibolehkan syarak.

Ini kerana setiap bayi yang dilahirkan sudah ditetapkan rezeki, ajal serta umurnya. Jadi, tidak menjadi masalah bagi wanita meneruskan kehamilan walau apa juga masalah sekalipun.

Sebaiknya, wanita yang pernah melakukannya diminta bertaubat serta menyesali perbuatan lalu dan tidak akan mengulanginya lagi.

Bagi pengamal perubatan, mereka tidak amanah, mempunyai moral yang rendah serta turut bersubahat.

"Bertaubatlah kerana Allah maha penyayang dan pengampun. Bagi ibu yang melahirkan anak luar nikah, peliharalah anak itu sebaik mungkin kerana dia adalah khalifah Allah yang harus diberikan hak seperti mana bayi lain.

"Berikan didikan agama sebaiknya agar dia menjadi anak soleh dan solehah di dunia dan akhirat. Sentiasa berdoa agar kita menjadi ibu bapa yang baik sehingga akhir hayat," nasihat Hazlina.

Wednesday, November 3, 2010

Jangan Kahwini Wanita Ini


Dicatat oleh Imam Al-Ghazali


Jangan engkau kahwini wanita yang enam iaitu wanita yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."

Wanita Ananah :
Banyak mengeluh & mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah :
Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu."

Wanita Hananah :
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah :
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah :
Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

Wanita Syadaqah:
Banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Credits to Hilmi Halim (Facebook)