Jutawan Jenal pakcik aidid, note tu saya jumpa masa ngah google pasal sistem piramid...
melalui pembacaan saya... MLM berperanan sebagai pemecah monopoli bagi sesetengah produk. dengan pelaksanaan MLM sebagai strategi pemasaran, produk dapat sampai terus kepada pengguna dan kos pemasaran dapat dikurangkan...
hukum asal bagi setiap muamalat adalah harus selagi tidak terdapat dalil atau faktor yang mengharamkannya. maka hukum asal MLM adalah harus. keharusan MLM tidak memerlukan dalil, tetapi keharamannya memerlukan kepastian dan disandarkan kepada dalil yang kuat. berdasarkan kaedah syariah, pengharaman sesuatu yang pada asalnya harus adalah tidak boleh disandarkan kepada hukum khilafiah kecuali ketika penggubalan undang-undang.
untuk mengukur halal atau haram sesuatu muamalat memerlukan kepada:
1. pasti dan yakin wujud unsur-unsur haram dalam muamalat.
2. unsur tersebut hendaklah haram secara putus dari sudut syariah. seperti unsur riba, judi, zalim, dan sebagainya. namun begitu kita tidak boleh menghukum haram dengan bersandarkan hukum khilafiah seperti muamalat berasaskan bai' 'inah, ghabnun yang tidak faahish dan seumpamanya.
faktor-faktor haram:
1. perjudian
contoh. bonus hanya akan diberikan kepada pengedar yang mencapai jualan sasaran. pengedar lain yang tidak mencapai sasaran tidak akan dapat bonus. Ini adalah bentuk perjudian kerana hak pengedar lain dinafikan kerana kalah dalam jualan.
2. riba
apabila terdapat "fixed return" atau janji kemasukan. apabila telah membayar yuran, ahli akan mendapat bayaran bulanan seperti yang telah dijanjikan oleh syarikat.
3. Tadlis, taghrir dan Syamta'
Tadlis bermaksud memalsukan, taghrir bermaksud memperdayakan dan syamta' pula bermaksud 'make up' hamba yang hodoh sehingga kelihatan cantik dengan tujuan memperdayakan pembeli.
contoh, syarikat akan menghadiahkan kereta kepada ahli dengan jualanl tertinggi. pada hakikatnya, syarikat hanya membayar duit muka sahaja dan pemenang yang perlu membuat bayaran ansuran. ini adalah tadlis. kemudian, syarikat mengiklankan pemenang tersebut tanpa menjelaskan keadaan sebenar. tujuan untuk menarik ahli baru. ini adalah taghrir. dan pemenang yang dicanang oleh syarikat itu ialah syamta'.
4. Mengambil hak orang lain secara salah
yuran ahli baru dikumpulkan untuk dijadikan bonus kepada orang atas atau upline.
yuran yang dibayar atas dasar redha seperti dalam hukum hibah dan tabarru' tidak akan menghalalkan muamalat tersebut melainkan didahului atau disertai oleh perniagaan yang halal. jika tiada barang, hanya yuran yang dikumpul, maka redha sahaja tidak akan menghalalkannya.
jika hibah yang disertakan dengan niat untuk mendapatkan untung atau sebagainya, ada pendapat mengatakan ianya adalah batal. kerana ianya telah berubah menjadi hukum jual beli. apabila menjadi hukum jual beli, perlu ada barang sebagai pertukaran, jika tiada barang maka jual beli adalah haram dan tidak sah.
5. Penindasan
contohnya adalah seperti dalam perjudian dimana hak dinafikan. apabila hak ahli dinafikan maka wujud penindasan.
banyak lagi faktor-faktor haram yang boleh diambil kira. namun begitu, sikap kita sebagai pemerhati tidak boleh terlalu cepat menghukum halal atau haram sesuatu MLM melainkan melalui penyelidikan atau terdapat sebab yang jelas keharamannya. Ini dari sudut kita sebagai pemerhati yang tidak terlibat dengan sistem MLM.
dari sudut positif, MLM dapat memecahkan monopoli sesuatu produk. dengan pelaksanaan konsep MLM yang betul, dapat membantu memasarkan produk-produk orang Islam. pembaikan sistem MLM supaya bertepatan dengan syarak sebagai strategi pemasaran produk orang Islam amat penting dalam keadaan dan suasana negara yang semakin membuka pintu globalisasi ekonomi, terutama ketika berdepan FTA. Pengemblengan tenaga antara ulama, ahli perniagaan dan ahli ekonomi Islam amat penting bagi memastikan kemajuan ekonomi umat Islam.
kita tidak boleh hanya berdiam diri atau menghentam saja MLM, tetapi kita perlu bersama-sama mengkaji semula MLM ini, supaya dapat dijadikan senjata orang Islam dalam dunia perniagaan sekarang. MLM Syariah yang diperkenalkan HPA adalah salah satu langkah dalam mengubah persepsi orang Islam sekarang dan satu langkah untuk merombak semula sistem MLM yang terdapat pada masa kini. namun begitu, kajian demi kajian perlu dilaksanakan supaya MLM ini dapat digunakan tanpa rasa ragu dan was-was yakni bertepatan dengan syarak.
andai MLM tidak boleh diguna pakai, kita perlu merangka satu sistem pemasaran baru. suatu hari nanti, orang Islam akan mempunyai satu sistem pemasaran yang sangat hebat, lebih hebat daripada sistem MLM yang diperkenalkan. usaha demi usaha akan membuahkan hasilnya. namun, cabaran yang dihadapi tidak boleh dijadikan pelemah semangat.....
No comments:
Post a Comment