Saturday, December 4, 2010

DOWNLOAD LINK : Harry Potter And The Deathly Hallows PART 1 (2010) TS (RMVB)

Movies
"As Harry races against time and evil to destroy the Horcruxes, he uncovers the existence of three most powerful objects in the wizarding world: the Deathly Hallows" ...

Kualiti TS .. Genre: Action | Adventure | Fantasy .. Tiada Subtitle .. Dikongsikan bersama oleh ahmas87, kuryu & Abg Kus.. Sila join menggunakan hj split atau 7zip atau sebelum play (kecuali single link) .. ~SELAMAT MENONTON~


IMDb
Trailer
HPATDH PART 1 [USAupload] kuryu Part 1
HPATDH PART 1 [USAupload] kuryu Part 2
HPATDH PART 1 [Hotfile] kuryu Part 1 & 2
HPATDH PART 1 [Hotfile] kuryu Single Link
HPATDH PART 1 [Fileserve] kuryu Single Link
HPATDH PART 1 [Mediafire] ahmas87 Part 1
HPATDH PART 1 [Mediafire] ahmas87 Part 2
HPATDH PART 1 [Mediafire] ahmas87 Part 3
HPATDH PART 1 [Hotfile] ahmas87 Part 1
HPATDH PART 1 [Hotfile] ahmas87 Part 2
HPATDH PART 1 [Hotfile] ahmas87 Part 3
HPATDH PART 1 [Mediafire] ABGKUS Part 1
HPATDH PART 1 [Mediafire] ABGKUS Part 2
HPATDH PART 1 [Mediafire] ABGKUS Part 3
HPATDH PART 1 [Hotfile] ABGKUS Part 1
HPATDH PART 1 [Hotfile] ABGKUS Part 2
HPATDH PART 1 [Hotfile] ABGKUS Part 3
How To Use Hj Split: Click Here

DOWNLOAD LINK : Jangan Pandang Belakang Congkak 2 [2010] DVDrip [RMVB]

Movies
"Setelah berjaya memulihkan Punai, Asmat dan Johan serta berjaya menewaskan Mustika dalam JPBC yang lalu, Pak Mor yang cedera itu terus menuju ke anak sungai. Di tepi sungai, Pak Mor duduk bersila dan mula membaca jampi menteranya. Semakin lama semakin laju Pak Mor membaca jampi manteranya. Serentak angin mula bertiup. Semakin lama semakin kencang angin bertiup mengikut kelajuan Pak Mor membaca jampi manteranya. Tiba-tiba tubuh Pak Mor mula mengelupur. Mulutnya masih kumat kamit membaca jampi manteranya. Tiba-tiba Pak Mor kejang dan serentak dengan itu satu gumpalan asap keluar dari tubuh Pak Mor dan asap itu muncul Mustika. Setelah Mustika keluar dari tubuh Pak Mor, Pak Mor kembali pulih seperti sedia kala. Rupa-rupanya Pak Mor ada hubungan dengan Mustika dan mereka telah berpakat untuk mengambil semua harata dan saka-saka Pak Sudir setelah kematian Pak SudiR" ...

Genre: Comedy | Horror .. Dikongsikan bersama oleh Jie Azz (MKV), hanna83 (RMVB) & eSZack (RMVB) .. Sila join menggunakan hj split atau 7zip atau sebelum play (kecuali single link) .. ~SELAMAT MENONTON~

How To Use Hj Split: Click Here


How To Use Hj Split: Click Here


How To Use Hj Split: Click Here

JPBC 2 [Mediafire] eSZack Part 1
JPBC 2 [Mediafire] eSZack Part 2


JPBC 2 [Mediafire] Jie Azz Part 1
JPBC 2 [Mediafire] Jie Azz Part 2
JPBC 2 [Mediafire] Jie Azz Part 3


JPBC 2 [Hotfile] Jie Azz Part 1
JPBC 2 [Hotfile] Jie Azz Part 2
JPBC 2 [Hotfile] Jie Azz Part 3


JPBC 2 [Fileserve] Jie Azz Single Link


JPBC 2 [Mediafire] hanna83 Part 1
JPBC 2 [Mediafire] hanna83 Part 2


JPBC 2 [Hotfile] hanna83 Part 1
JPBC 2 [Hotfile] hanna83 Part 2


JPBC 2 [Fileserve] hanna83 Single Link


How To Use Hj Split: Click Here

Saturday, November 27, 2010

KENAPA DAH INSTALL WINDOWS BARU TAPI MASIH LAMBAT LAGI ...

Banyak cara install windows.. tapi yang paling AFDAL adalah melalui DOS...
Ramai yang kata boleh install windows sendiri .. tapi ramai yang silap.. KENAPA ...

Cuba bayangkan .. laptop adalah sebuah rumah sewa.. katakan windows lama adalah penyewa lama yang bermasalah... jadi untuk selesaikan masalah.. kita patut halau penyewa lama .. dan masukkan penyewa baru ... penyewa baru tu maksudnya windows baru lah ..

Tapi apa yang saya perhatikan ramai yang meletakkan penyewa baru bersama-sama dengan penyewa lama duduk serumah .. maknanya window lama dan windows baru bertindih ..

Contohnya laptop lama windows XP.. kemudian dinstall windows 7 macam install games Counterstike .. minta maaf yer .. itu adalah cara yang salah .. sebab itu komputer anda masih lembab .. sebab barang lama masih adal lagi .. Untuk ketahui cara install yang betul rajin-rajinlah tanya Pakcik GOOGLE atau YAHOO ...

*diambil drpd fb cg.baha....

Thursday, November 18, 2010

Amalan harian punca penyakit

Kebanyakan kita berkongsi satu tanggapan iaitu kita cukup sihat sehingga dibuktikan sebaliknya. Tanggapan inilah kadangkala membuat kita terlepas pandang banyak tabiat harian boleh menjadi penyumbang kepada penurunan tahap kesihatan.

Antara beberapa tabiat harian yang boleh membuatkan kita sakit:

* Menggunakan tuala dapur yang sama setiap hari - Tahukah anda, dapur adalah tempat paling kotor dan banyak kuman berbanding tandas?

Kajian Kebersihan Rumah Antarabangsa mendapati, secara global, kain lap dapur adalah `peralatan' rumah paling kotor, tercemar dan mengandungi banyak kuman.

Lebih 89 peratus rumah di seluruh dunia mengandungi bakteria pada tahap tidak memuaskan, manakala 78 peratus lagi dikategorikan sebagai sangat tercemar dan kotor. Di Malaysia lebih teruk kerana 100 peratus rumah responden mempunyai kain lap dapur yang sangat kotor dan tercemar.

Menurut Pengerusi Majlis Kebersihan Asia, Dr Christopher Lee, keputusan terperinci kajian menunjukkan bakteria paling banyak dikesan (pada lebih 50 peratus sampel) ialah Escherichia coli (E coli) yang menjadi petanda penting terhadap tahap kebersihan rendah.

Perkara ini disebabkan sikap tidak mencuci kain lap dapur, membiarkannya terperap dalam keadaan basah dan diletakkan di tepi sinki atau dapur meningkatkan lagi tahap pencemaran di rumah.

Selain itu, menggunakan kain sama untuk tujuan pembersihan selepas masak turut membantu menyebarkan bakteria ke seluruh dapur.

Sebaik-baiknya, kita perlu menggunakan kain lap berbeza untuk mengelap tangan dan dapur. Malah, kain lap ini perlu dibasuh dan ditukar setiap kali selepas memasak untuk membendung pembiakan bakteria E coli yang biasanya menjadi penyebab keracunan makanan.

* Tidak mencuci tangan selepas keluar dari tandas
- walaupun anda mencuci tangan di dalam tandas, anda harus membersihkan tangan sekali lagi sebelum meninggalkan kawasan tandas dan lap hingga kering. Tahukah anda, tangan boleh menjadi ejen penyebar bakteria paling cepat dan berkesan?

Kita juga perlu mencuci tangan sebelum mengambil makanan. Walaupun disediakan senduk, anda harus mencuci tangan terlebih dulu bagi mengurangkan risiko jangkitan makanan kerana bakteria Staphylococcus epidermis (S epidermis) dan S aureus hidup di atas kulit kita.

Dua lagi bakteria yang sangat dekat dan kerap menimbulkan masalah kesihatan ialah E coli dan salmonella. Untuk mencegah jangkitan, cuci tangan dengan sabun dan bilas sekurang-kurangnya 15 saat di bawah air mengalir (air paip) untuk menyingkir kekotoran dan organisme berbahaya.

Kebanyakan orang (80 peratus) mempunyai bakteria S epidermis, manakala 20 peratus lagi membawa bakteria S aureus, terutama yang mengalami masalah ekzema.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, 30 peratus kematian di dunia ini disebabkan jangkitan bakteria akibat tahap kesedaran kebersihan yang rendah, terutama di negara membangun.

* Jarang menggantikan cadar dan sarung bantal
- Cadar dan sarung bantal perlu ditukar sekerap mungkin. Secara purata setiap orang `membuang' 1.5 juta sel kulit mati dalam masa sejam dan berpeluh sehingga satu liter setiap hari walaupun tidak melakukan apa-apa. Sel mati ini berkumpul pada sarung bantal dan cadar yang mengalu-alukan kedatangan serta pembiakan hama debu.

Kajian menunjukkan berat tilam bertambah dua kali ganda dalam masa 10 tahun. Pertambahan ini disebabkan pengumpulan rambut, sisa `buangan' daripada badan, bulu haiwan, fungus dan kulat, bahan kimia, habuk, serat, hama debu, serpihan anggota serangga dan pelbagai bahan lain.

Dalam masa lima tahun, 10 peratus daripada berat tilam sebenarnya adalah berat hama debu dan bahan ini yang kita sedut setiap kali bernafas ketika tidur malam.

Benda ini boleh menjadi pencetus kepada serangan asma. Di sini pentingnya penggunaan cadar dan sarung bantal kerana ia boleh menjadi `penapis' kepada semua benda yang disenaraikan di atas daripada berkumpul pada tilam dan bantal.

Ini sebabnya kita disaran menukar sarung bantal dan cadar tilam sekurang-kurangnya setiap dua minggu. Lebih baik jika ia dapat ditukar lebih kerap atau setiap minggu.

Amalan orang dulu yang menjemur bantal juga ada manfaatnya kerana ia bukan saja menghilangkan bau peluh, tetapi dapat membunuh hama.

* Tidak menutup mulut ketika batuk atau bersin
- Ini antara cara mudah untuk menyebarkan virus yang menyerang saluran pernafasan. Menutup mulut dengan tisu atau sapu tangan ketika batuk dan bersin boleh mencegah orang di sekeliling anda mendapat jangkitan yang anda hidapi.

Ia penting jika anda tinggal serumah dengan kanak-kanak kecil berumur kurang dari dua tahun atau orang tua melebihi 65 tahun kerana daya pertahanan badan mereka lemah.

* Tidak mengamalkan kaedah penyediaan dan penyimpanan makanan yang baik
- Ketika menyediakan makanan, kita perlu kerap mencuci tangan, terutama apabila memegang bahan mentah seperti ayam dan daging. Gunakan pisau dan papan pemotong berbeza untuk makanan mentah dan masak.

Makanan perlu diisi dalam bekas bertutup sebelum disimpan di peti sejuk untuk mengelak jangkitan silang. Bagi makanan yang disimpan pada suhu bilik (atas meja), sebaik-baiknya ia tidak dibiarkan melebihi dua jam kerana selepas tempoh ini bakteria boleh membiak dalam makanan anda.

* Cintakan manis dan masin
- Ada orang berasa hidupnya tidak lengkap jika tidak minum teh tarik atau kopi susu. Satu ketika dulu, seorang pakar fisioterapi pernah mencetuskan kegemparan apabila membuat kenyataan bahawa teh tarik boleh menyebabkan strok?

Memang teh tarik bukan penyebab strok tetapi jika diambil setiap hari dan kita meneruskan gaya hidup tidak aktif, kandungan gula berlebihan di dalam teh tarik disimpan sebagai lemak yang menyebabkan masalah kegemukan. Daripada kegemukan ini bermulanya cetusan masalah kesihatan lain, termasuk strok.

Sesetengah orang pula suka makanan masin, termasuk snek, kerepek dan keropok. Tahukah anda, pengambilan garam berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah yang secara tidak langsung mendekatkan kita dengan penyakit jantung?

* Terlalu banyak makan tetapi kurang minum air
- Kekurangan air menyebabkan badan mengalami dehidrasi. Ia juga boleh menyebabkan kita keliru antara isyarat lapar dan dahaga. Kekeliruan ini membuatkan kita makan lebih banyak sehingga melebihi keperluan harian.

Ramai yang merungut berat badan bertambah walaupun mendakwa kurang makan. Jadi, setiap kali anda terasa hendak makan, minum segelas air masak kerana ia mungkin isyarat badan mahukan air, bukan makanan.

* Terlalu banyak menonton televisyen
- Duduk rehat di depan televisyen menjadi agenda wajib bagi masyarakat kita dan ia tidak lengkap tanpa kudapan.

Makan sambil menonton televisyen menyebabkan kita tidak sedar pertambahan kalori berlebihan. Perkara ini menyumbang kepada peningkatan statistik kegemukan dan obesiti di negara kita.

Bukan tidak boleh menonton televisyen, tetapi jangan jadi penonton statik. Lakukan pergerakan seperti berjalan setempat selama anda menonton rancangan kegemaran.

Disiplinkan diri anda supaya tidak makan di depan televisyen kerana ia boleh menyebabkan kita menjadi gemuk dan tua sebelum waktunya.

diambil dari>> http://anizyn.blogspot.com/2010/09/amalan-harian-punca-sakit.html#ixzz15eLEktN2

Monday, November 8, 2010

MLM haram?

Jutawan Jenal pakcik aidid, note tu saya jumpa masa ngah google pasal sistem piramid...
melalui pembacaan saya... MLM berperanan sebagai pemecah monopoli bagi sesetengah produk. dengan pelaksanaan MLM sebagai strategi pemasaran, produk dapat sampai terus kepada pengguna dan kos pemasaran dapat dikurangkan...
hukum asal bagi setiap muamalat adalah harus selagi tidak terdapat dalil atau faktor yang mengharamkannya. maka hukum asal MLM adalah harus. keharusan MLM tidak memerlukan dalil, tetapi keharamannya memerlukan kepastian dan disandarkan kepada dalil yang kuat. berdasarkan kaedah syariah, pengharaman sesuatu yang pada asalnya harus adalah tidak boleh disandarkan kepada hukum khilafiah kecuali ketika penggubalan undang-undang.
untuk mengukur halal atau haram sesuatu muamalat memerlukan kepada:
1. pasti dan yakin wujud unsur-unsur haram dalam muamalat.
2. unsur tersebut hendaklah haram secara putus dari sudut syariah. seperti unsur riba, judi, zalim, dan sebagainya. namun begitu kita tidak boleh menghukum haram dengan bersandarkan hukum khilafiah seperti muamalat berasaskan bai' 'inah, ghabnun yang tidak faahish dan seumpamanya.

faktor-faktor haram:
1. perjudian
contoh. bonus hanya akan diberikan kepada pengedar yang mencapai jualan sasaran. pengedar lain yang tidak mencapai sasaran tidak akan dapat bonus. Ini adalah bentuk perjudian kerana hak pengedar lain dinafikan kerana kalah dalam jualan.

2. riba
apabila terdapat "fixed return" atau janji kemasukan. apabila telah membayar yuran, ahli akan mendapat bayaran bulanan seperti yang telah dijanjikan oleh syarikat.

3. Tadlis, taghrir dan Syamta'
Tadlis bermaksud memalsukan, taghrir bermaksud memperdayakan dan syamta' pula bermaksud 'make up' hamba yang hodoh sehingga kelihatan cantik dengan tujuan memperdayakan pembeli.
contoh, syarikat akan menghadiahkan kereta kepada ahli dengan jualanl tertinggi. pada hakikatnya, syarikat hanya membayar duit muka sahaja dan pemenang yang perlu membuat bayaran ansuran. ini adalah tadlis. kemudian, syarikat mengiklankan pemenang tersebut tanpa menjelaskan keadaan sebenar. tujuan untuk menarik ahli baru. ini adalah taghrir. dan pemenang yang dicanang oleh syarikat itu ialah syamta'.

4. Mengambil hak orang lain secara salah
yuran ahli baru dikumpulkan untuk dijadikan bonus kepada orang atas atau upline.
yuran yang dibayar atas dasar redha seperti dalam hukum hibah dan tabarru' tidak akan menghalalkan muamalat tersebut melainkan didahului atau disertai oleh perniagaan yang halal. jika tiada barang, hanya yuran yang dikumpul, maka redha sahaja tidak akan menghalalkannya.
jika hibah yang disertakan dengan niat untuk mendapatkan untung atau sebagainya, ada pendapat mengatakan ianya adalah batal. kerana ianya telah berubah menjadi hukum jual beli. apabila menjadi hukum jual beli, perlu ada barang sebagai pertukaran, jika tiada barang maka jual beli adalah haram dan tidak sah.

5. Penindasan
contohnya adalah seperti dalam perjudian dimana hak dinafikan. apabila hak ahli dinafikan maka wujud penindasan.
banyak lagi faktor-faktor haram yang boleh diambil kira. namun begitu, sikap kita sebagai pemerhati tidak boleh terlalu cepat menghukum halal atau haram sesuatu MLM melainkan melalui penyelidikan atau terdapat sebab yang jelas keharamannya. Ini dari sudut kita sebagai pemerhati yang tidak terlibat dengan sistem MLM.
dari sudut positif, MLM dapat memecahkan monopoli sesuatu produk. dengan pelaksanaan konsep MLM yang betul, dapat membantu memasarkan produk-produk orang Islam. pembaikan sistem MLM supaya bertepatan dengan syarak sebagai strategi pemasaran produk orang Islam amat penting dalam keadaan dan suasana negara yang semakin membuka pintu globalisasi ekonomi, terutama ketika berdepan FTA. Pengemblengan tenaga antara ulama, ahli perniagaan dan ahli ekonomi Islam amat penting bagi memastikan kemajuan ekonomi umat Islam.
kita tidak boleh hanya berdiam diri atau menghentam saja MLM, tetapi kita perlu bersama-sama mengkaji semula MLM ini, supaya dapat dijadikan senjata orang Islam dalam dunia perniagaan sekarang. MLM Syariah yang diperkenalkan HPA adalah salah satu langkah dalam mengubah persepsi orang Islam sekarang dan satu langkah untuk merombak semula sistem MLM yang terdapat pada masa kini. namun begitu, kajian demi kajian perlu dilaksanakan supaya MLM ini dapat digunakan tanpa rasa ragu dan was-was yakni bertepatan dengan syarak.
andai MLM tidak boleh diguna pakai, kita perlu merangka satu sistem pemasaran baru. suatu hari nanti, orang Islam akan mempunyai satu sistem pemasaran yang sangat hebat, lebih hebat daripada sistem MLM yang diperkenalkan. usaha demi usaha akan membuahkan hasilnya. namun, cabaran yang dihadapi tidak boleh dijadikan pelemah semangat.....

Saturday, November 6, 2010

Kahwin - Wanita VS Lelaki

  1. Wanita - 3 bulan sebelum kahwin, semua barang keperluan dan hantaran sudah siap dibeli.
  2. Lelaki - Persiapan banyak diserahkan kepada keluarga, asalkan menyediakan duit yang mencukupi.
  3. Lelaki - Tidak kisah soal menu kenduri atau khemah yang akan digunakan.
  4. Wanita - Kalau boleh dari pelamin, khemah, baju pengantin, langsir, hingga ke bunga manggar ingin diseragamkan satu warna agar nampak sedondon.
  5. Lelaki - Sehari sebelum akad nikah, risau memikirkan tentang akad nikah, kot2 tiba2 kena serangan angin gemuruh sampai 5,6 kali lafaz nikah...
  6. Wanita - kalau boleh pasangan juga sama2 memaki inai dijari.
  7. Lelaki - Pening kepala jika pengantin wanita mengambil lebih dari 5 baju ketika malam berinai. Banyak ongkos kena dibayar untuk bayar sewa.
  8. Wanita - Mementingkan penampilan dan kebersihan diri seperti mandi wap, mandi lulur, buang lemak, mandi susu dan sebagainya.
  9. Wanita - Belum lagi cuti diluluskan, susah sibuk memilih tempat untuk honeymoon, yang peningnya lelaki takut lari bajet.
  10. Lelaki - Bila bakal isteri ajak pilih pelamin, si lelaki selalu cakap ' Emm...okay", "Hmmm....", " Boleh je lah.."
  11. Lelaki - Kebanyakkannya itulah pertama kali disolek.
  12. Ketika makan beradap, pengantin wanita cepat kenyang, manakala lelaki pulak boleh menjamah sehingga 2,3 hidangan.
  13. Lelaki - Lebih malu duduk di atas pelamin berbanding wanita.
  14. Kedua-duanya - memang penat di siang hari, TAPI bila masuk bilik malamnya, hilang erti penat

Friday, November 5, 2010

10 perkara kenapa lelaki tidak suka membeli belah pakaian...


  • Ia mengambil masa
  • Terpaksa mengacu atau mencuba
  • Pilihan gaya terhad
  • Pilihan warna terhad
  • Apa bila dicuba, tak cantik
  • Tidak banyak saiz
  • Kurang layanan
  • Mahal
  • Jurujual memaksa
  • Menunggu

Pekerjaan Yang Menguntungkan

"Samad, awak pasti ke nak jadi doktor mata macam bapa kamu?"

"Tidak cikgu, saya ingin menjadi doktor gigi?"

"Doktor gigi? Kenapa? Bukan ke doktor mata kerja yang menguntungkan?"

"Betul. Tapi manusia hanya ada 2 pasang mata jer, sedangkan gigi ada 32 batang!"

Thursday, November 4, 2010

Janin selepas 120 hari ada hak untuk hidup



proses pengguguran

Menurut Pengerusi Darul Wardah, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Selangor, Hazlina Abd Razak, daripada sudut Islam pelbagai pendapat diberikan mengenai hukum menggugurkan kandungan sama ada untuk kandungan sah atau sebaliknya iaitu:
# Janin menghidap penyakit ringan yang tidak mengakibatkan kematian, tetapi masih boleh diubati, hukum menggugurkan kandungan adalah haram sebelum dan selepas empat bulan.

# Janin menghidap kecacatan ringan yang tidak boleh diubati tetapi boleh hidup seperti buta, cacat sebelah tangan, atau kedua-duanya, cacat kaki, kurang jari dan seumpamanya, hukumnya haram sekiranya janin melebihi empat bulan dan harus sekiranya di bawah empat bulan.

# Janin menghidap kecacatan serius yang membawa kematian seperti tiada kepala, atau tiada paru-paru, biasanya janin akan gugur sendirinya.

# Janin menghidap Aids. Hukumnya harus sebelum empat bulan dan haram selepas empat bulan.

# Janin tidak sihat, sakit atau cacat, tetapi nyawa ibu terancam kiranya janin dilahirkan. Hukumnya harus menggugurkan janin sama ada sebelum atau selepas empat bulan kerana nyawa ibu diutamakan dalam hal ini.

# Janin akibat dirogol hukumnya harus digugurkan hanya sebelum empat bulan.

Menurut Hazlina, kini kebanyakan kes pengguguran membabitkan perhubungan suka sama suka dan terdapat perbezaan pandangan menerusi Imam Ghazali dalam Mazhab Maliki yang mengatakan haram sama sekali menggugurkan kandungan. Ini kerana menggugurkan kandungan sama dosanya dengan membunuh.


"Berdasarkan hadis Riwayat Muslim, manusia ditiupkan roh ketika berusia 120 hari dan pada usia ini, mereka mempunyai hak kemanusiaan yang diiktiraf dalam Islam dan hanya Allah sahaja yang boleh mengambil nyawanya.

"Sekiranya berlaku pengguguran, ia dikira membunuh manusia dan hukumnya adalah haram," kata Hazlina yang berpengalaman luas mengendalikan remaja termasuk mengandung luar nikah serta menggugurkan kandungan.

Tambahnya, sekiranya hukum menggugurkan kandungan adalah harus bagi usia empat bulan, ini akan mendorong lebih ramai pasangan berzina kerana mereka dengan senang menggugurkannya. Sepatutnya wanita yang sudah mengaku berzina perlu meneruskan kehamilan, melahirkan anak, menyusukan bayi, memelihara serta menjaga hak mereka sebagai khalifah Allah.

Nyawa adalah hak Allah dan bukannya hak manusia, mereka tidak boleh sewenang-wenang membunuhnya.

"Namun sekarang, selepas berzina dan mengandung mereka terlebih dahulu membuat keputusan membunuh nyawa yang tidak berdosa. Bayangkan berapa banyak dosa yang harus ditanggung. Sudahlah dosa berzina yang termasuk dalam tujuh dosa besar, kini membunuh pula sedangkan menggugurkan kandungan sama seperti menanam anak hidup-hidup," ujarnya.

Jelas Hazlina, manusia tidak boleh membuat keputusan untuk membunuh anak itu melainkan atas sebab dibolehkan syarak.

Ini kerana setiap bayi yang dilahirkan sudah ditetapkan rezeki, ajal serta umurnya. Jadi, tidak menjadi masalah bagi wanita meneruskan kehamilan walau apa juga masalah sekalipun.

Sebaiknya, wanita yang pernah melakukannya diminta bertaubat serta menyesali perbuatan lalu dan tidak akan mengulanginya lagi.

Bagi pengamal perubatan, mereka tidak amanah, mempunyai moral yang rendah serta turut bersubahat.

"Bertaubatlah kerana Allah maha penyayang dan pengampun. Bagi ibu yang melahirkan anak luar nikah, peliharalah anak itu sebaik mungkin kerana dia adalah khalifah Allah yang harus diberikan hak seperti mana bayi lain.

"Berikan didikan agama sebaiknya agar dia menjadi anak soleh dan solehah di dunia dan akhirat. Sentiasa berdoa agar kita menjadi ibu bapa yang baik sehingga akhir hayat," nasihat Hazlina.

Wednesday, November 3, 2010

Jangan Kahwini Wanita Ini


Dicatat oleh Imam Al-Ghazali


Jangan engkau kahwini wanita yang enam iaitu wanita yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."

Wanita Ananah :
Banyak mengeluh & mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah :
Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu."

Wanita Hananah :
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah :
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah :
Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

Wanita Syadaqah:
Banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Credits to Hilmi Halim (Facebook)

Saturday, October 30, 2010

Ramona and Beezus(2010)

Sinopsis:
"Follows the misadventures of young grade schooler Ramona Quimby from Beverly Cleary's popular children's book series" .



mediafire link part 1
mediafire link part 2

please use hj-split before watch

hj-split download ---> download here
hj-split tutotials--- watch here


HOT!!! - SPOT SOALAM BM IPG PPISMP 2010

p/s- jgn caye bulat2... ni spot ja dr ipgObjektif:

1)Jumlah huruf abjad dlm bm,
2)Penulisan konsanan asli BM,
3)pola pembentukan kata dalam bm...tntukan pola suku kata,
4)kenlpasti perktaan bdasrkan pola pmbntukan kata,
5)pdoman ejaan rumi BM,
6) Komunikasi bertulis,
7)Penggunaan panggilan hormat yg tepat,
8)penulisan berita,
9)rencana,
10)ciri-ciri pgacara mjlis (aspk kupyaan berkomuniksi)

subjektif

bhgian B

1)pedoman ejaan rumi BM
a. tukarkan perktaan serapan BI ke BM..CONTOH technology...teknologi
b. Tulis 4 perktaan pkataan bm yg brasal dr bi bdasarkan pola suku kata

2)a.jelaskan mksud pola kselarasan vokal
b. beri contoh perkataan pola kekcualian kepada keselarasn huruf vokal

bhgian c
1.Penulisan surat rasmi tulis karangan

2.Laporan tulis karangan

ipg Sultan Mizan...

OBJEKTIF

1.Knal pasti perkataan yg mnggunakan e/pepet
2.Contoh digraf pada lingkungan awl perkataan BM
3.Perkataan yg mengandungi pola KKVK
4.Ayat yg mngndungi 9 sku kta terbuka dan 4 sku kta tertutup
5.Plih cnth penyesuaian yg betul tntng contoh huruf-huruf konsonan bahasa inggeris dalam bahasa melayu
6.Ciri ucapan yang baik
7.Ciri teks ucapan pengacara majlis
8.Tujuan laporan berbentuk penyelidikan
9.Perkara yg tidak perlu dlam penulisan rencana
10.Kenyataan yg tepat tntng ucapan

STRUKTUR

1a(i).Berdasarkan petikan,kenalpasti 2 kata tunggal bersuku kata akhir terbuka
(ii).Tiga cnth pnjaman kata BI yg mngalami proses penyesuaian ejaan dlam BM
b.5 kata serapan yg terkecuali drpd pola keselarasan vokal dlam BM

2.(a)Nyatakan 3 tjuan penggunaan tnda sempang dalam bhasa melayu
(b)Brikan cnth kata Bm yg mmpunyai pola keselarasan vokal yg berikut :
(i) a-i
(ii) o-o
(iii) u-i
(iv) e pepet -u

BAHAGIAN C

1.Surat aduan tntg msalah pengutipan sampah yg tidak berjadual

2.Sediakan laporan aktiviti bulan bhasa

Friday, October 29, 2010

Siapa yang paling berani?

::Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani::

ayuh kita lihat siapa orang yg paling berani??


Al Bazzar meriwayatkan dalam kitab Masnadnya dari Muhammad bin Aqil katanya, "Pada suatu hari Ali bin Abi Talib pernah berkhutbah di hadapan kaum Muslimin dan beliau berkata, "Hai kaum Muslimin, siapakah orang yang paling berani ?"
Jawab mereka, "Orang yang paling berani adalah engkau sendiri, hai Amirul Mukminin."
Kata Ali, "Orang yang paling berani bukan aku tapi adalah Abu Bakar. Ketika kami membuatkan Nabi pondok di medan Badar, kami tanyakan siapakah yang berani menemankan Rasulullah s.a.w dalam pondok itu dan menjaganya dari serangan kaum Musyrik ? Di saat itu tiada seorang pun yang bersedia melainkan Abu Bakar sendiri. Dan beliau menghunus pedangnya di hadapan Nabi untuk membunuh siapa sahaja yang mendekati pondok Nabi s.a.w. Itulah orang yang paling berani."

"Pada suatu hari juga pernah aku menyaksikan ketika Nabi sedang berjalan kaki di kota Mekah, datanglah orang Musyrik sambil menghalau beliau dan menyakiti beliau dan mereka berkata, "Apakah kamu menjadikan beberapa tuhan menjadi satu tuhan ?" Di saat itu tidak ada seorang pun yang berani mendekat dan membela Nabi selain Abu Bakar. Beliau maju ke depan dan memukul mereka sambil berkata, "Apakah kamu hendak membunuh orang yang bertuhankan Allah ?"

Kemudian sambil mengangkat kain selendangnya beliau mengusap air matanya. Kemudian Ali berkata, "Adakah orang yang beriman dari kaum Firaun yang lebih baik daripada Abu Bakar ?" Semua jamaah diam sahaja tidak ada yang menjawab. Jawab Ali selanjutnya,
"Sesaat dengan Abu Bakar lebih baik daripada orang yang beriman dari kaum Firaun walaupun mereka sepuluh dunia, kerana orang beriman dari kaum Firaun hanya menyembunyikan imannya sedang Abu Bakar menyiarkan imannya."


P/s: bukan hasil tulisan saya..copy paste dari seorang sahabat(^_^)

Thursday, October 28, 2010

Adakah hantaran belanja termasuk di dalam ajaran Islam?

Setelah merujuk dalil berkenaan perkara ini, sememangnya hantaran belanja tidak termasuk dalam ajaran Islam. Islam hanya meminta seorang lelaki yang ingin mengahwini seorang perempuan untuk membayar maskahwin sahaja. Maskahwin ini boleh terdiri dari emas, duit, besi atau sekadar bacaan dari Al Quran.

Maskahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

" Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka ". ( Surah An-Nisaa' - Ayat 4 )

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin
yang diperbuat daripada besi ." ( Riwayat Bukhari )

Dari hadith di atas nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat sebagaimana diberitakan Rasulullah s.a.w. pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya maskahwin lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau (hafaz ) sedikit daripada ayat Al-Qur'an, lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.

Maskahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

" Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Riwayat Abu Daud )

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

" Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". ( Riwayat Ahmad )

Maskahwin ini yang bakal diterima oleh bakal isteri menurut ulamak tidak boleh diambil oleh ibu bapa wanita atau oleh bakal suaminya. Maskahwin ini tidak boleh digunakan untuk majlis jamuan makan kenduri kahwin.

Hantaran belanja yang kini mencecah belasan ribu RM adalah tambahan adat Melayu yang bukan untuk memudahkan proses berkahwin tetapi sebenarnya adalah untuk menyusahkan orang yang ingin berkahwin.


Adakah bersanding dan berinai merupakan ajaran Islam?

Setelah dikaji dari sumber yang sahih dari hadis dan sunnah, sememangnya adat ini juga tidak bersumber dari ajaran Islam. Ia lebih bersumberkan ajaran dari agama Hindu. Malahan adat tepung tawar yang berasal dari ajaran Hindu masih lagi dikekalkan pada hari ini.

Apa yang saya lihat dari majlis bersanding dan berinai ini lebih kepada pembaziran dan sesungguhnya didalam Al Quran dikatakan orang yang membazir Tuhan mengatakan mereka itu adalah kawan-kawan syaitan.

Disini kita faham, membazir itu sangat dibenci Tuhan, sehingga Tuhan kata “Siapa yang membazir itu adalah kawan syaitan”. Mari kita belajar apa itu membazir? Erti membazir itu ialah menggunakan nikmat Tuhan, bukan kerana Tuhan. Menggunakan nikmat dari Tuhan iaitu wang ringgit untuk disedekahkan kepada anak yatim bukan membazir kerana ia dilakukan kerana Allah.

Menyewa dan memasang peralatan pelamin lengkap dengan pelbagai lampunya bukan dapat RM400. Sudah pastinya ini adalah satu pembaziran.


Wajarkah menyediakan tepak sirih dan sirih junjung?

Pada zaman dahulu rombongan pengantin lelaki membawa tepak sirih dan sirih junjung adalah bertujuan semoga semua ahli rombongan dan pihak tuan rumah dapat bersama-sama makan sireh, maklumlah majoriti orang zaman dahulu memang makan sireh. Apa perlunya pada zaman sekarang, beli sireh, upahkan orang menyusunnya, usung ke hulu dan ke hilir sebagai tontonan dan akhirnya ke tong sampah! Adalah jauh lebih baik bawa pizza barang 5 keping yang bersaiz besar untuk sama-sama makan iaitu ahli rombongan pengantin lelaki dan pihak tuan rumah. Kalau tak nak makan, tak payahlah bawa pizza.

Sirih junjung sah barang membazir dan menyusahkan sahaja.


Apakah sebenarnya tujuan pengantin perempuan bermake up di majlis persandingan ini?

Antara jawapannya mungkin ialah:

1. Supaya aku kelihatan cantik menarik

2. Supaya orang ramai memuji aku bahawa sesungguhnya aku memanglah cantik

3. Agar aku dapat menarik perhatian orang ramai dengan kecantikan aku

4. Mungkin untuk menutup kecacatan di muka saya seperti jerawat dan jeragat

5. Engkau ingat aku ni tak cantik ke?

6. Supaya orang tertawan dengan aku melalui kecantikan wajah aku ni.

Apa yang jelas dari bermake up adalah satu dosa sebagaimana artikel Tabarruj di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/54 dan melakukan sesuatu untuk mendapat pujian adalah riak. Semua perkara ini adalah perbuatan mungkar yang membawa dosa dan musibah dari Allah. Takutilah azab Allah dan sesungguhnya azab Allah itu perit.

Membuat sesuatu perkara semata-mata untuk mendapat dosa dan azab adalah sesuatu kezaliman dan kebodohan.


Apakah tujuan membuat majlis kenduri kahwin ini?

Berdasarkan Islam, sepatutnya majlis perkahwinan ini dilakukan bertujuan:

Mengadakan majlis walimah untuk pernikahan sepasang pengantin merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah SAW kerana dengan adanya majlis walimah, sesuatu perkahwinan itu boleh diumumkan kepada khalayak, demikian juga para tetamu undangan boleh menghadirinya sambil bersilaturrahim dan mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin. Ia juga sebagai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberikan rahmatnya iaitu seorang menantu dan tanda kesyukuran ini ialah dengan menjamu tetamu makan terutama sekali yang miskin.

Islam mengajarkan umatnya untuk mendahulukan orang fakir miskin sebagaimana mafhum hadis berikut. Hal ini dijelaskan Rasulullah dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan Bukhari bermaksud: “Sejelik-jelik makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang kaya, orang fakir dan miskin tidak diundang untuk makan bersama.”

Namun kini manusia melakukan majlis kenduri kahwin ini dengan pelbagai tujuan antaranya:

1. Memberitahu masyarakat bahawa aku mampu membuat majlis kenduri dengan penuh kemewahan dengan belanja melebihi RM20,000.00

2. Aku ini orang berduit. Lihatlah majlis kenduri kahwin ini.

3. Orang yang lebih miskin dari aku pun berani belanja lebih RM20,000.00 untuk majlis kenduri kahwin. Tak kan aku dengan gaji lebih besar dari dia tak sanggup belanja lebih RM20,000.00 untuk kenduri kahwin!!!

4. Majlis mewah seperti ini barulah sesuai dengan status saya sebagai orang berduit di kawasan perumahan ini.

5. Anak aku bukan janda atau minah kilang, kenalah buat majlis yang grand habis.

6. Biarlah orang asyik bercerita tentang kehebatan majlis kenduri saya ini. Barulah seronok.

7. Kalau aku keluar belanja RM20,000.00 tetapi dapat sumbangan RM25,000.00 bolehlah dapat keuntungan dari majlis kenduri kahwin ini.


Mengapa hantaran belanja perlu dibayar dengan bayaran yang tinggi?

Bayaran hantaran belanja yang tinggi tidak pernah disarankan oleh Islam. Sebagaimana telah saya jelaskan dalam perkara 1 di atas, Islam menggalakkan mahar yang rendah semoga memudahkan proses perkahwinan.

Antara tujuan mengenakan bayaran hantaran belanja yang tinggi mungkin ialah:

1. Menilai status keluarga dan pekerjaan anak dara yang ingin dikahwini. Lagi tinggi status keluarga, lagi mahal hantaran belanja. Kalau anak dara yang ingin dikahwini ini sekadar minah kilang, murahlah sikit hantaran belanja. Kalau ada degree apatah lagi kalau berjawatan tinggi seperti doktor atau jurutera atau pensyarah, kenalah letak hantaran belanja yang tinggi. Kalau artis kenalah lagi tinggi.

2. Boleh bermegah dengan masyarakat sekeliling. Maklumlah kalau hantaran belanja sekadar RM5000.00, macam mana nak bermegah.

3. Lagi tinggi hantaran belanja, lagi mewah majlis kenduri boleh diadakan. Baru ada kelas!!

4. Boleh beli set bilik tidur yang ada kelas. Nanti kalau orang masuk bilik pengantin, taklah malu atau koman sangat.

5. Aku sudah membelanjakan sekian banyak duit untuk membesarkan dan mendidik anak perempuan aku. Siapa nak kahwin dengannya kenalah sanggup keluar duit yang tinggi. Nak beli lembu seekor pun sudah lebih dari RM2000 ini kan pula anak aku!

Sebenarnya dengan meletakkan hantaran belanja yang tinggi, inilah dia tujuan sebenarnya yang tidak disedari atau dengan disedari:

1. Agar orang Melayu Islam semakin sukar dan melewatkan untuk berkahwin secara sah.

2. Menggalakkan maksiat, maklumlah nak kahwin tak mampu

3. Melatih calon menantu satu latihan yang amat penting iaitu BERHUTANG UNTUK KAHWIN.

4. Agar anak lelaki lupa tanggung jawab kepada ibu bapanya yang telah membesarkan dan mendidik untuk sekian lama. Tiba-tiba bila baru dapat degree nak kahwin, nak beri duit kepada ibu bapa sudah tiada lagi maklumlah kena menabung untuk membayar kos berkahwin yang gila habis. Bukan cukup RM15,000.00 untuk kahwin. Itu belum masuk lagi duit ansuran kereta, sewa rumah dan potongan PTPTN.

5. Agar belajar untuk AMBIL RASUAH DAN AMBIL KOMISYEN di tempat kerja agar memudahkan urusan untuk berkahwin

6. Mendidik anak Melayu dengan budaya BIAR PAPA ASAL BERGAYA

7. Agar selepas kahwin pasangan ini hidup melarat maklumlah hutang keliling pinggang. Bolehlah kelak selalu berperang suami isteri bila dah bengang.


Bagaimana untuk mempastikan hari kenduri kahwin cuaca adalah baik tanpa hujan.

Bila kos makanan tetamu sahaja sudah mencecah lebih daripada RM15,000.00, tuan rumah mulalah naik risau kelak kalau waktu majlis kenduri kahwin hujan ribut dari pagi sampai petang, orang ramai tak datang, macam mana dengan makanan yang berlebihan dan paling penting tentunya duit sumbangan pun tak masuk, rugi besarlah. Bagi mempastikan hari kenduri kahwin tidak mengalami hujan ribut maka:

1. Pergi berurusan dengan bomoh atau dukun yang boleh menahan hujan.

2. Mengamalkan pelbagai petua orang Melayu seperti membuang pakaian dalam pengantin ke atas bumbung, meletakkan payung secara terbalik lalu meletakkan air ke dalam payung terbalik tersebut

3. Berbagai amalan karut marut lain

Mudahnya orang Melayu untuk sesat. Allah berikan rahmat dengan diberiNya menantu dibalas pula oleh manusia dengan melakukan pekerjaan syirik. Memanggil bomoh tolak hujan adalah sesat dan mengamalkan pelbagai petua seperti di atas juga adalah sesat.

Baru-baru ini saya menghadiri majlis kenduri kahwin saudara saya. Pada pukul 11.45, semua keluarga, saudara mara, penanggah dan tuan rumah makan maklumlah tetamu dijangka akan datang pada pukul 12.00 tgh sebagaimana tertera dalam kada jemputan. Saya turut makan bersebelahan tuan rumah. Cuaca ketika itu memang terang benderang. Tuan rumah dalam keseronokan dapat menantu berkata "bagus betullah petua dari kak chik pakai payung diterbalikkan, cuaca hari ini cukup cantik".

Astagfirullah... saya berkata-kata dalam hati. Nak dihujah, keadaan tidak sesuai. Saya berkata-kata di dalam hati "kalau macam ini sunnatullahnya tak lama lagi memang hujan nak turun di majlis ini". Perbuatan tuan rumah ini bagi kata bidalan diberikan susu dibalas tuba.

Dengan kuasa Allah, mulai pukul 1.00 tengahari gerimis halus sudah mula turun. Kira-kira pukul 1.45 tgh hujan lebat turun sehingga pukul 2.30 ptg. Dalam hati saya berkata "Inilah satu pengajaran yang sangat baik kepada orang yang mensyirikkan Allah. Percaya benar payung terbalik ada kuasa untuk mengelakkan hujan turun. Sama sebiji macam orang kafir berharap kepada patung yang dibuat daripada batu, Astagfirullah...".

Secara mudahnya tetapi sukar untuk dilaksanakan ialah untuk Allah memberikan rahmatNya dengan tidak mengirimkan hujan pada hari kenduri kahwin ialah dengan pelbanyakkanlah solat sunat terutama sekali solat malam. Mintalah kepada Allah secara terus, insya Allah majlis tersebut tidak turun hujan.


Majlis kenduri kahwin adalah majlis untuk berbuat maksiat, Astagfirullah...

Majlis kenduri kahwin adalah majlis memberi makan kepada orang miskin dan tetamu lain sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Kalau tak mampu buat kenduri besar, buatlah sekadar saranan Islam iaitu sekadar sembelih seekor kambing. Jemputlah orang yang perlu sahaja seperti jiran terdekat dan saudara mara terdekat. Inilah latihan yang baik dari Islam sebagaimana majlis aqiqah apabila dapat anak.

Kini dalam majlis kesyukuran majlis kenduri kahwin sudah menjadi pesta maksiat dan antaranya ialah seperti berikut:

1. Membayar wang yang banyak kepada DJ, PA system, sistem karaoke, kugiran dan penyanyi. Ini namanya mengeluarkan duit untuk membeli dosa. Sila baca artikel berkaitan muzik bertajuk Hukum bermain muzik dan nyanyian menurut Islam di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/40 . Membazir sudah satu dosa. Bermain muzik dan nyanyian apatah lagi nyanyian oleh orang perempuan adalah juga dosa. Tak takut sungguh manusia dengan dosa.

2. Bergilir-gilir anak dara belajar buat dosa iaitu menyanyi secara karaoke. Inilah platform yang amat cantik untuk menjadi penyanyi macam Siti Nurhaliza, tok guru buat dosa dengan menyanyi.

3. Orang lelaki pula seronok mendengar nyanyian secara karaoke oleh anak dara. Redha dengan perbuatan ini adalah dosa dan kelak di akhirat Allah tuang besi cair ke telinga.

4. Inilah masa bagi anak dara menayang body dengan pasang badan agar dapat menarik perhatian lelaki dan lebih baik lagi kalau dapat boyfriend. Mereka pakai pakaian yang ketat, tidak menutup aurat, bermake up, berminyak wangi dengan lengang lengguk badan dan punggung untuk mendapatkan perhatian. Astagfirullah....

5. Bagi wanita yang sudah berkahwin, ada yang menjadikan majlis ini untuk menunjukkan bahawa badannya masih cantik walaupun sudah ada anak dengan memakai pakaian pelbagai fesyen yang jauh dari kehendak Islam.

6. Menjadikan majlis kenduri kahwin sebagai majlis pesta fesyen pakaian. Ada yang terbelah mendedah peha, ada yang low cut mendedahkan buah dada yang membulat dan sebagainya.

7. Pesta bagi wanita menunjukkan kekayaan dengan memakai pelbagai barang kemas yang mahal-mahal untuk menjadi kayu pengukur kemewahan masing-masing. Allah membenarkan barang kemas tetapi bukan untuk tontonan semua orang!!!! Ada wanita yang sanggup meminjam barang kemas untuk hadir ke majlis kenduri kahwin keran takut dimalukan.

8. Kalau dikampung dimana masak memasak diadakan secara gotong royong, inilah satu pesta yang amat seronok iaitu PESTA KATA MENGATA DAN MENGUMPAT terutama sekali dikalangan orang perempuan, Astagfirullah....

9. Tidak cukup dengan muzik dan nyanyian, diadakan pula majlis tari menari joget lambak. Yang muda dan yang tua tak sedar diri berjoget antara lelaki dan wanita, Astagfirullah....

10. Disetengah tempat, majlis kenduri kahwin adalah majlis mengajar kanak-kanak lelaki untuk merokok kerana tuan rumah memang menyediakan banyak rokok secara percuma untuk semua penanggah. Hisaplah seberapa banyak yang diingini asalkan sanggup menjadi penanggah.

Saya mengalu-alukan pandangan balas lain dari pembaca agar isu ini dapat ditangani dengan sewajarnya berlandaskan Islam.

Islam menyarankan majlis kenduri kahwin tetapi realitinya majlis kenduri kahwin kini menjadi satu majlis yang mengundang pelbagai dosa, bagaimanalah Allah nak memberikan rahmatNya kepada pengantin yang baru berkahwin ini.

Sekian wassalam wallahualam

artikel ini diambil drpd - http://tenaddies.blogspot.com/2010/06/bila-tiba-musim-kahwin.html

Deepavali: Pesta Cahaya - (sejarah) huh?


Masyarakat Hindu menyalakan pelita sebagai tanda simbolik yang menyatakan kebaikan akan mengatasi kejahatan.

November ini, masyarakat India yang beragama Hindu dan Sikh di negara kita bakal merayakan perayaan hari Deepavali.

DEEPAVALI atau lebih dikenali juga sebagai ‘pesta cahaya’. Masyarakat Hindu menggunakan cahaya sebagai makna simbolik untuk menyatakan kebaikan akan mengatasi kejahatan.

Dalam kepercayaan agama Hindu, ada dinyatakan bahawa Athma (roh) mengatasi jasad dan minda. Ia adalah sesuatu yang suci, tidak terbatas dan akan kekal abdi.

Sambutan perayaan Deepavali adalah sama seperti kita menyambut hari lahir. Ia adalah sambutan untuk menyambut kelahiran ‘cahaya dalaman’ yang memupuk kesedaran dari dalam. (Yang kita sebenarnya hidup dalam alam maya).

Dengan itu, segala kejahatan di dunia ini akan terhapus dan kesedaran yang tuhan sebenarnya berada di mana-mana dan keunggulannya sahaja yang berkekalan buat selama-lamanya akan disedari.

Lampu menjadi ilmu pengetahuan yang menerangi hidup dan menghindari manusia daripada berbuat jahat.

Ada dua kisah yang menceritakan kelahiran sambutan Deepavali iaitu:

PEMBUNUHAN NARAGASURA

Perayaan Deepavali disambut pada hari yang dimana salah seorang dewa Hindu, Krishna membunuh makluk jahat Naragasura sehari sebelum perayaan Deepavali. Untuk meraikan kejayaan kebaikan mengatasi kuasa kejahatan perayaan Deepavali diraikan.

KISAH RAMA BALIK KE AYODHYA

Sesetengah orang Hindu percaya perayaan Deepavali bermula apabila Dewa Rama pulang ke Ayodhya selepas dibuang negeri selama 14 tahun.Rama pulang ke negaranya dengan isterinya Sita dan Lakshamana selepas membunuh Ravana, seorang yang jahat.

Sepanjang perjalanan, apabila Rama serta keluarganya balik ke Ayodhya, menuju ke arah utara India dari selatan, orang yang tinggal disitu menyalakan pelita minyak sapi yang menandakan kebaikan telah mengatasi kejahatan berikutan kematian Ravana.

Mereka menyalakan lampu pelita di sepanjang perjalanan Rama kembali ke tanah jajahannya.


SAMBUTAN DEEPAVALI OLEH KAUM SIKH

Masyarakat Sikh menyambut hari Deepavali atau dikenali sebagai Diwali di kalangan mereka di atas sebab yang berbeza.

Guru Nanak, yang juga merupakan pengasas agama Sikh pada suatu masa dahulu telah dipenjarakan oleh seorang Raja.Raja itu memaksanya makan tetapi beliau enggan dan berpuasa.

Sejurus itu , barulah Guru Nanak sedar yang ramai orang telah berkumpul di luar penjara dengan memegang lampu sebagai tanda protes untuk membebaskan Guru Nanak.

Akhirnya, Raja itu sedar akan kesilapannya.Oleh kerana sikap tamaknya, dia telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang raja dan sebagai balasannya, dia membebaskan Guru Nanak.Kaum Sikh menyambut pembebasan Guru Nanak sebagai hari Deepavali.

PERSIAPAN UNTUK HARI DEEPAVALI

Masyarakat India membuat persiapan yang lebih awal seperti membuat kuih-muih, membersihkan rumah dan membeli pakai baru untuk dipakai pada hari tersebut.Muruku, Neiurundai dan Atherasam merupakan kuih-muih tradisional orang India.Tetapi pada masa kini, mereka juga membuat biskut dan kek selain makanan tradisional mereka.

Ronggoli Kolam adalah lukisan di atas lantai yang diperbuat daripada beras berwarna. Selain mencantikkan kawasan hadapan rumah, maksud tersirat di sebalik tradisi ini adalah untuk memberi makan kepada serangga-serangga kecil seperti semut.Ini secara tidak langsung menambah pahala si tuan rumah yang membuat Kolam tersebut.

Lampu-lampu pelita dinyalakan pada malam Deepavali.


PAGI DEEPAVALI

Pada pagi Deepavali, masyarakat India akan menggunakan minyak bijian sebelum mandi sebagai tanda simbolik untuk menyucikan diri.Selepas itu, mereka sekeluarga akan berpakaian serba baru dan sembayang. Sejurus itu, anak-anak muda digalakkan sujud di kaki ibu bapa atau orang tua dalam rumah mereka untuk meminta restu.

Pada hari Deepavali, mengikut ajaran agama Hindu, masakan yang dimasak mestilah “vegetarian” hanya makanan yang berasaskan sayur-sayuran (daging tidak digalakkan).Tujuannya adalah untuk mengawal nafsu makan mereka pada hari yang bermakna ini.


SEHARI SEBELUM DEEPAVALI

Sehari sebelum perayaan Deepavali, orang yang beragama Hindu akan membuat upacara sembayang untuk memanjangkan doa untuk yang telah 'pergi' buat selama-lamanya.

Makanan kegemaran yang telah meninggal dunia selalunya disediakan untuk santapan mereka.Makanan tersebut akan dibiarkan seketika dihadapan gambar si mati yang kemudiannya akan di makan oleh anak-anak si mati atau diberi kepada haiwan.


p/s- kalau ad fakta kureng tepat, sila nyatakan.....TQ

Wednesday, October 27, 2010

Haid - PERLU ATAU TIDAK QADA SEMBAHYANG



Harus Dibaca Oleh Setiap Mereka Yang Bergelar Muslimah

Kebanyakkan Muslimah tidak berapa perasan atau lebih malang lagi jika mereka tidak tahu menahu langsung akan perkara ini.

Dalam ilmu Fiqh khususnya Bab haid yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam. Kenapa hal ini boleh terjadi?

Amat susah untuk mencari seorang guru atau ustazah yang betul-betul pakar dalam bab ‘Orang-orang Perempuan ini’ kecuali terpaksa atau mesti dirujuk juga kepada ustaz- ustaz. Contohnya yang paling simple, bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam, “Adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada’kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?” pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan, “Alaa... Itu soalan mudah jee... Bila datang period maka solat tu tak perlu qadha’. Yang perlu qadha’ hanya puasa jee...” Itulah yang mereka belajar sejak mula-mula bergelar wanita dahulu.

Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang Muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid sekalipun!

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang masyhur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasawuf dan padanya juga perbahasan Fiqh yang luas, inilah bukti kehebatan ulamak terdahulu.

Dalam BAB TIGA : “Fi adab Mua’sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah” perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID :

Penjelasan terhadap solat yang perlu diqadha’ bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib kira-kira sempat dia solat Asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha’ solat Zohor dan Asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya’ sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha’ solat Maghrib dan Isya'.

“Dan hal ini (qadha’ solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam” (Imam al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha’ solat Asar dan Zohor? Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat Asar (selepas mandi hadas).

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha’ sama? Kerana didalam hukum menjama’ (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama’ dan diqasarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada’ solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama. Perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya’ sebab darahnya sudah kering semasa masih dalam waktu Isya’.

- Solat Isya’ juga boleh dijama’ (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha’ solat Maghrib. Diatas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu Maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku).

-Maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha’ juga solat Maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) Cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh wanita yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu ‘Fiqhul Nisa’ ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri.

TIPS MEMILIH KASUT FOR MEN AND WOMEN

1. Pilih kasut sebelah petang atau penghujung hari. Pernah dengar tak? Saya pun dulu tertanya-tanya juga kenapa. Ini sebab, kaki kita kadang-kadang akan mengembang dan membesar sedikit kerana kerja-kerja yang kita lakukan pada awal hari contoh macam angkat beban dan berjalan ke hulu ke hilir.



2. Berdiri tegak

3. Pastikan tumit kaki dan jari kaki tidak terkeluar dari saiz asal kasut.

4. Waktu memilih kasut, make sure pakai kedua-dua kasut tersebut, berdiri tegak dan cuba berjalan. Don't just duduk, try dekat kaki sebelah saja dan just because design dia lawa dan saiz kena dengan kaki anda, doesn't mean kasut tu benar-benar selesa sepenuhnya dipakai oleh kaki anda.


5. Satu lagi perkara yang perlu kita tahu, elak membeli kasut dengan tak try langsung dan hanya berpandukan saiz saja. We all know that lain jenama, lain ukuran walaupun dinyatakan yang saiz kasut adalah sama. Do not trust numbers. Try it yourself. different brand different size. Begitu juga dengan semua orang.


6. Jangan pilih kasut yang dirasakan terlalu ketat. Even if you all think that nanti kaki you akan biasa juga, but later on, banyak masalah timbul contohnya sakit dan mungkin juga melecet. Unless you want to take the risk dan unless you nak pakai just one night.



Identifying Your Foot Type

foot type

Figure 1: 3 foot type

Terdapat 3 jenis foot type.

1. High arch / Supinator / Underpronation

2. Normal arch

3. Flatfoot / Pronator / Overpronation

Cara-cara nak test

1. Basahkan tapak kaki – nak guna air berwarna / watercolour pun blh.

2. Pijak atas paper /newspaper

3. Tengok sendiri corak / pattern paper yang basah tersebut.

4. Rujuk Figure 2: Tapak Kaki

So, kalau kaki kita high arch, bentuk tapak tu mcm tapak yg pertama ni (dari kiri).

Kalau normal, gambar tapak yg tengah ni; then kalau flat, gambar tapak hitam yang last (kanan sekali).

higharch-vert

Figure 2: Tapak Kaki

Then, kalau nak tengok dari bentuk kaki, boleh rujuk Figure 3. Bentuk kaki ini juga boleh dilihat melalui tapak kasut kerja / kasut yang kita dah pakai lama. Kita lihat melalui kesan haus. Kalau kesan haus tu tengah2 / balance, maka kaki kita normal arch / neutral. Kalau haus di sebelah luar kaki, maka high arch / supinator. kalau haus dekat kawasan dalam kaki (tapak kasut sebelah kanan, haus kiri; dan sebaliknya) maka ia flatfoot / pronator. Juga rujuk Figure 3 untuk shoe type bagi jenis tapak kaki masing-masing.

jenis tapak kaki

Perlu atau tidak panaskan enjin kereta waktu pagi?




Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendahdan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit.Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Gua syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu gua ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana? Berdasarkan pemerhatian gua dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk gua start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa gua pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk gua masa nak pergi sekolah dulu.
Jadi bapa gua pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya. Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, gua pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya gua tak buat. Sebab gua ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya gua bangun lambat. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia ? Rasanya memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus.

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun gua tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin.. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.

Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Akhir kata setujukah anda bahawa memanaskan enjin di waktu pagi boleh menjahanamkan enjin dan dunia?

Save The Planet.